Sunday, April 24, 2011

Dell Streak - Smartphone and Tablet

Beberapa bulan yang lepas (sebelum spring break) aku telah berjaya membuat line telephone under family package, and sebab dah ada line, kene la amik kesempatan untuk membeli smartphone pada harga yang murah. Selepas browse beberapa model smartphone, tetiba ada rakan yang recommend beli Dell Streak 5. Dell Streak ni boleh juga dikatakan sebagai hibrid (smartphone and a tablet) disebabkan oleh size screen yang agak besar bagi sebuah smartphone - 5 in.

Pada waktu pembelian, harga Dell Streak Unlocked Version adalah sekitar USD550 (Dell website dan Amazon) dan disebabkan contract dengan AT&T, aku dapat harga murah - USD50 dekat Best Buy. I don't know if this is official or not, tapi unit yang aku terima adalah berdasarkan Android 1.6. So aku agak pelik sebab based on my reading on online reviews, Dell Streak 5 should be shipped with Android 2.2, not 1.6, tapi aku tak kisah pown sebab aku boleh upgrade OS pada bila-bila masa yang terluang.

First thing yang aku nak buat adalah nak connect Dell Streak aku nie dengan wireless network. Mula- mula agak susah, tapi lepas upgrade kepada Android 2.2(Froyo) barulah aku dapat connect dengan Stevens Student punya network. Mungkin sebab configuration, memandangkan 1.6 adalah OS yang agak lama. Lepas upgrade, aku install la apps yang agak essential seperti weather (Dell Streak is preloaded with weather apps - Accuweather, tapi aku tak suka apps tue sebab tak interaktif langsung, and aku end up download The Weather Channel - apps nie siap boleh bagi warning kalau ada flood, snowstorm, thunderstorm, etc.).

Since nie first time aku pakai Android, so aku tak boleh nak judge sangat Android apps. Imho, browser Android boleh tahan best, and Froyo boleh play flash, so pengguna Froyo actually boleh tengok video yang ada dalam website. Amat berguna kalau nak tengok video tanpa perlu download video terdahulu. Tapi, most of the time, bila kita nak browse dari smartphone, banyak website akan automatically redirect daripada web version kepada mobile version. So, aku terpaksa download browser yang lain - Dolphin Browser. Sampai sekarang aku amatlah berminat dengan Dolphin Browser nie. Interface dia nampak macam Google Chrome, and kita boleh set sama ada hendak tengok website itu dalam bentuk mobile ataupun web. Disebabkan ada Adobe Flash support untuk Froyo, sesiapa yang buka website guna mobile view adalah agak rugi. Furthermore, size screen Dell Streak yang besar ni sangat membantu ketika hendak browse internet, especially time nak baca news, sebab ada sesetengah orang yang tak suka membaca tulisan yang kecil.

Aku malas nak bincang tentang hardware, lagipun semua benda tentang hardware boleh dibaca di internet. Tapi overall, hardware nie boleh keep up dengan apa-apa apps yang aku cuba buka, tapi kadang-kadang ada jugak apps yang 'forced close', tapi itu mungkin disebabkan compatibility, memandangkan size screen yang besar. First apps yang aku download dan tak boleh guna full screen adalah Tap Tap Revenge 4. Bila aku buka jer display dia akan jadi kecil, tapi bila dah masuk game, display dia ok balik. So beware kalau ada sesiapa yang nak beli Dell Streak nie, anda mungkin akan mengalami masalah tentang screen resolution, especially games.

Selepas beberapa minggu, aku dah berjaya root aku punya Dell Streak. Apa yang best dengan rooted Android phone? Customization. Anroid phone yang sudah di-root lagi senang untuk customize dier punyer UI, and korang boleh delete apa-apa apps yang pre-installed kat dalam phone tue seperti Google Voice, etc. Bagi sesiapa yang pernah menggunakan Linux, diorang mungkin akan menggemari Android sebab korang boleh guna suid dalam terminal emulator, just like sudo dalam Linux. Dengan menggunakan terminal, korang boleh customize korang punya smartphone ke tahap yang extreme, sebab dengan suid, korang boleh edit system file, so basically korang ada full access terhadap phone tersebut. Lagi satu, korang boleh jugak overclocked korang punya processor. Aku tak pernah try, tapi aku pernah terbaca yang ada fellow streakers yang berjaya overclocked the 1Ghz Snapdragon processor into 1.3Ghz. Aku tak nampak apa-apa relevan untuk overclocked korang punya processor, melainkan kalau korang dah bosan/tak tahu nak buat apa dengan phone korang. 

So, overall, Dell Streak bukanlah high-end sangat, tapi bagi mereka yang selalu surfing, tengok movie mungkin korang boleh amik advantage daripada size screen. Streak nie pun agak bagus untuk dijadikan PMP bagi sesiapa yang suka tengok movie, dengar lagu, etc. Kalau nak kasi rating, aku mungkin kasi 8/10, sebab phone nie amatlah sesuai dengan aku yang suka surfing dimana-mana sahaja. Bagi sesiapa yang mahukan performance tinggi untuk games atau apps yang sewaktu dengannya, korang boleh la beli model-model dari HTC, Motorola, etc.

No comments: