Thursday, May 20, 2010

air halia dan roti butterscocth

Baru tadi pegi Giant, ingat nak beli makanan untuk supper tapi still xtaw nak beli apa.. So, pegi lar jejalan kat Giant Shah Alam Seksyen 18 tuh.... Mula-mula ingat nak beli air kotak chocolate, tapi nengok mahal lak...hahaha.... biaser dulu orang yang belikan, tapi sekarang tak boleh lar..... melainkan ader orang yang sudi belikan...hahaha.... pusing punyer pusing, jumpa pulak air botol.... Mula-mula ingat nak beli air strawberry, tapi ternampak lar pulak air halia berkarbonat... hahaha....siyes, first time aku jumpa air halia berkarbonat..... Ginger Beer... try ar.... 

Dulu time kecik2 nengok pakcik minum air halia macam best... tapi biler nak raser air halia berkarbonat nie raser mcm pelik jer.... hahaha... macam terlampau berangin.... terfikir jugak, air halia berkarbonat nie ader khasiat yang samer tak dengan air halia yang sebenar...sebab air halia yang sebenar memang berkhasiat... so, xderla aku rugi sangat beli air halia nie..hahaha... memandangkan raser dier yang tak sedap....

Berdasarkan search yang aku cari kat google nie banyak lar jugak khasit halia/ginger nih.... Antaranya ialah menghadamkan makanan, membuang angin kat dalam usus kecik dan besar, dan menyembuhkan beberapa penyakit.... Tapi, downside air halia adalah rasanya... No offense kepada peminat/peminum air halia, tapi rasa  air halia memang pelik.... rugi aku beli air halia nih.....seb bek ader roti butterscotch...hahaha

p/s: minum jer la seteguk demi seteguk..... habis jugak lama-lama sebotol....

Tuesday, May 4, 2010

Kem BTN di Tanjung Rhu, Sepang

Alhamdullillah, lepas jugak BTN. 5 hari, 26 hingga 30 April di kem BTN Tanjung Rhu, Sepang. Ingatkan Sepang nie kecik jer, tapi besar kowt.. Tanjung Rhu nie entah dah sampai mana dah.. Tapi apa yang best kem nie berdekatan dengan laut, so time malam-malam memang sejuk giler. Best jugak lepak lepas minum malam kat luar dorm, walaupun suasana yang panas terik di siang hari.

Kami (100 pelajar INTEC) sampai di kem dalam lebih kurang 1.30 tengah hari 26 April. Mula-mula agak buntu jugak apa nak dibuat, sebab dalam schedule ditulis pendaftaran bermula jam 2.30. So, kami terpaksa tunggu (sambil solat) untuk sesi pendaftaran. And satu lagi perkara, dalam schedule takder la pulak ditulis pasal makan tengah hari pada hari pertama. Disebabkan kami sampai awal, kami terpaksa la menahan lapar dan tunggu untuk makan pada next session (minum petang).

First day malam sampai second day petang dipenuhi dengan ceramah. Ceramah yang sangat best, especially yang first sekali, tentang tanah air. Ceramah yang kelakar and at the same time dapat jugak refresh balik subjek sejarah time form 4 and form 5. Next day (second day), kitorang berpeluang untuk melakukan aktiviti abseiling.

DSC00002Aku berasa agak nervous, sebab nie first time aku buat abseiling. Mula-mula tue best jugak nengok orang turun. Haha.. Ada yang turun macam bendera (slow giler), ada yang sampai terpusing-pusing, ada yang turun langgar-langgar dinding, dan macam-macam lagi lah.. Tapi biler dah sampai kat atas, rasa takut lah pulak. Tinggi kalu tak silap 45 kaki, mungkin dalam 4/5 tingkat kowt. Dari bawah takderla nampak tinggi sangat, tap dari atas tinggi giler. Serious cuak, tapi dapat jugak experience yang amat berharga… haha

Selain daripada ceramah dan LDK, kami juga diberikan ujian fizikal, dan aktiviti kembara. Ujian fizikal yang terdiri daripada larian 2km dan ujian fisiologi. Bagi larian 2km, tahap lulus (kowt) bagi lelaki adalah 18 minit, dan perempuan 24 minit, Ujian fisiologi pula macam tekan tubi, dan yang lebih kurang macam tue jugak ar. Last skali kembara. Kami diberi peluang untuk ‘mengembara’ sekitar kem, masuk hutan dan ladang kelapa sawit.

Overall, kem nie best giler. Makanan sedap, 6 kali makan sehari. Just mungkin mengantuk sikit sebab kene bangun awal setiap hari untuk kuliah subuh… Nie lah beberapa gambar yang sempat disnap pada hari terakhir.

DSC00004Yang bangunan dekat belakang tue surau.

DSC00010  

Gembira sangat nak balik… haha

DSC00014

Nampak menara kat belakang tuh? Tempat aku terjun tuh!! haha

 

My deepest gratitude to facilitators, ‘pak-pak jurulatih’ dan semua yang terlibat, and also for 15 students yang akan ke France!! Umur panjang jumpa lagi!!