Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri dari Hoboken

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini, especially keluarga.. Tak lupa juga kepada abang ipar di Qatar, senasib lah kita beraya di negara orang.. hahaha

Post ini ditulis pada malam raya, jam 1.27 pagi waktu Hoboken, NJ dan jam 1.27 petang waktu Malaysia. Baru jer lepas balik bertakbir bersama-sama pelajar Malaysia di sini, so takdela raser hambar sangat raya nih.. Sempat jugak budak perempuan masak makanan. Nasi impit dengan kuah lodeh, sedap jugak rasanya. At least dapat la mengubat kerinduan terhadap makanan tampatan. Harap-harap la Consulate menawarkan makanan yang sedap-sedap.. Haritue diorang buat iftar tak sempat datang, penat sangat. So, esok kena makan banyak2..

Sebelum itu, aku nak jugak cerita pasal Steven's Ethnic Student Council punyer malam. Memang best. Bukan selalu kita boleh jumpa dengan ramai international student. Ada jugak minah-minah cute dari Filipina....hehehe.. Diorang suruh setiap student association yang mewakili negara masing-masing mempersembahkan satu games yang represent culture negara tersebut. MASA(Malaysian Student Association) telah memilih permainan lompat getah. ahahaha...


Friday, September 3, 2010

New.York.City

Alhamdullillah, sampai jugak aku di bumi Hoboken, New Jersey ini dengan selamat... Flight amatlah panjang.. dalam 20 jam lebih... Berjaya jugak ak melepasi US Customs and Border Control tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.. Tapi, serunding yang dibawa untuk beraya telahpun dirampas.. Shit giler... Apa la salah serunding tue. Kepada sesiapa yang nak datang USA, takyahla nak bawak makanan, kalau nak bawak pown, jangan declare. Aku nie jujur sangat, tue yang kene rampas. Kalu orang tanya bawak aper, cakap jer bawak spices ker, instant noodle ker.... Diorang tak kesah sangat, melainkan daging beef.

Sampai kat Hoboken, masanya adalah pagi.. Tips, kepada sesiapa yang ingin menaiki kapal terbang untuk ke mana2 sahaja, sentiasa ambil tahu waktu tempatan di destinasi, supaya anda tidak akan mengalami jet lag.. Plan tidur korang, especially yang ingin pergi ke tempat yang waktunya jauh beza dengan Malaysia. Nasib baik aku dapat tidur time flight, so takdela aku rasa sangat jetlag.

Beberapa hari yang lepas, kami pergi ke Time Square , New York. New Yok City amatlah dekat dengan Hoboken, dalam 10-15 minit perjalanan menaiki tren. Kami nek dari Hoboken dan turun di 33rd Street... Layanlah dulu pic nih

Inilah student2 Malaysia yang merayau-rayau di New York..hahahaha... Ada tiga orang senior yang guide kitorang time nih..

Nie ada sorang mamat yang buat break dance kat tengah2 bandar... Best jugak la..

M&M!!! Memang best.. 3 tingkat tempat membeli belah yang dikhususkan untuk M&M.... Yang warna-warni tue adalah cokelat.... ameklah sebanyak maner, tapi jangan lupa lak nak bayar..hahahaha

Time berjalan2, ternampak pulak naked cowboy nih...hahaha.. Lelaki nih...hehe

Tempat jual air, bersebelahan dengan tempat jual nasi beriyani(kowt) yang sedap di New York City.. Saper kata kat US takder nasi beriyani.... Sedap kowt.. macam kat Malaysia

Nie la kedai menjual nasi yang dimaksudkan... Terletak di 53rd & 6....Sesiapa yang berpeluang pergi ke NYC jangan lupa lak nak pergi tempat nih!! Serius berbaloi!!

Nengok, mat saleh pown join jugak makan nasi..haha

Trump Tower, kat maner ntah...Open to public kowt.....tak nampak pulak Donald Trump tuh..haha

Louis Vuitton....Ada sesaper yang nak tempah??hahahaha

Singgah sembahyang di sebuah masjid di manhattan...Diorang siap ajak berbuka lagi, tetapi memandangkan kitorang sumer da bawak makanan, tak jadi lah nak berbuka dengan diorang...

Apple Store!!!

hahahahah....Walaupun aku tak berapa suka sangat dengan Apple, tapi kedai Apple Store kat NYC nie memang best!!!

Penuh dengan orang.... Sempat jugak la try iPhone 4 ngan iPad kat sini.....tunggu nak beli iPod Touch 4th Gen lak..hehehe

Berbuka di sebelah Apple Store tue... ada tempat duduk kat situ, so kitorang berenti kejap untuk makan berbuka... Nie la nasi yang dibeli di kedai yang dimaksudkan sebelum nie.... Ada daging, ayam, sayur ngan pita..... sekali ngan mayonis ngan ketchup..

Time nak balik....Complex giler New York punyer subway system....ada kawan yang da pegi banyak kali pown still tak paham diorang punyer system...Banyak sangat tren, and setiap tren pergi tempat yang lain2... Lepas nek tren, kitorang nek bas pulak untuk balik ke Hoboken....

Walaupun penat, agak berbaloi jugak la visit nie....hahaha.. Apa yang best, dier punyer public transport murah giler, tren dier fixed price. Nak pergi mana2 pown harga yang samer.... So, kitorang agak untung la jugak...time kitorang balek tue da agak malam da... So, terus bedal makan kat dining hall lak.. Memang makin gemuk la aku duduk sini.. Hari2 makan pizza, burger, minum air gas....*sigh*