Sunday, November 7, 2010

Muse - Fright Night - Phantom of The Opera - Prototype - Star Wars - Batman

Post ini adalah untuk update tentang 6 perkara yang paling best aku buat sepanjang 2-3 minggu nie. It's gonna be a very long post..... so kalu nak baca, baca lah.....tapi banyak jugak gambar, especially for Fright Night!!

1) Concert Muse di Prudential Center, Newark, NJ

Muse sangat awesome!!! First time nengok concert besar yang live, so sangat excited... Nasib baik waktu maghrib dekat US nie dah semakin dekat, so takdela nak payah2 nak solat time concert... Lepas solat maghrib kat tepi jalan sebelah dengan Newark-Penn Station, kitorang pown berjalan kaki ker Prudential Center, takdela jauh sangat...haha... Malam tue dimulakan dengan persembahan daripada Metric, band dari Canada yang dijemput untuk membuat persembahan intro.... Ada satu jer lagu diorang yang best... Dalam pukul 8.30 baru lah Muse start buat persembahan!! Diorang start dengan lagu Uprising, memang mantap giler, dan diakhiri dengan lagu Knight of Cydonia!! Memang HOLY SHIT la!! hahahaha...

Wednesday, October 20, 2010

bersopanlah sikit...

Malaysia dan melayu memang senonim dengan budaya sopan dan santun, tapi adakah betul kita mengamalkan budaya tersebut? Mungkin most of us fikir yang 'Yes, Malays practice good manners', tapi betul ke yang kita nie seorang yang berbudi bahasa?

Aku bukanlah seorang yang stereotype,  tapi bagi aku, Americans lebih baik dari Malays. Bukan setakat baik, tapi jauh lebih baik dari Malaysians. Tapi kenapa? Masa kita dengar perkataan Americans, kita mesti terfikir benda yang bukan-bukan, diorang nie jahat la serang negara Islam. Tapi, once aku sampai di bumi America nie, segala thought tue semua hilang. In fact, diorang nie jauh lebih baik dari apa yang aku sangka.

Pernahkan anda dibukakan pintu di Malaysia? Di sini, perbuatan membuka pintu untuk orang lain macam menjadi satu perkara yang mesti bagi diorang. Dekat Malaysia, negara yang kononya 'Berbudi Bahasa Budaya Kita', tidak ada seorang pun yang akan bukakan pintu untuk kita. Pelik kan?

Lagi satu, perbuatan memberi ucapan terima kasih sangatlah payah untuk didengar kat Malaysia. Ironinya, di sini, hampir setiap perbuatan yang kita buat akan diucapkan terima kasih, ataupun Thank You. Tahan pintu, Thank You, bagi laluan, Thank You, apa lagi? Time beli barang pun ada.

So, moral of the day, janganlah kita dengan mudah hendak mengkategorikan sesuatu kaum itu hanya dengan pandangan kita sendiri. Bukan semua orang berfikir sama dengan cara kita berfikir. Berfikir dulu baru berkata. Janganlah fikir yang anda itu baik sangat, sebab lagi ramai orang di dunia ini yang lebih baik dari anda.

Mana hilangnya budaya Melayu yang kita selalu nak terapkan? Orang selalu cakap, jangan tiru budaya barat sebab diorang tu semua teruk, sedangkan orang yang berkata itu tidak tahu siapa lagi yang lebih teruk. Ya, diorang nie memang suka buat perbuatan tak senonoh, minum arak, tapi at least diorang pandai menghargai orang lain. They're so open with everyone.

This is just a gentle reminder for everyone, including myself that people are not like what you think they are. They have their own pride, just like you are, so be respectful. Kita juga yang cakap, 'buang yang keruh, ambil yang jernih' tapi kita bukan buat pun. Fikir-fikirkanlah sendiri....

Thursday, October 7, 2010

Nikon D90 n Paintball!!!!

Setelah lama menunggu, berjaya jugak aku beli kamera DSLR Nikon D90....yeah!! Dapat la jugak tangkap gambar -gambar di sini...gambar-gambar kat bawah ini adalah time kitorang pergi bermain paintball di Long Island, New York...jauh jugak la dengan Hoboken, dalam sejam, tambah pulak dengan kesesakan lalu lintas dekat NYC...memang ramai giler orang hari ahad haritue kat Time Square NY..  

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri dari Hoboken

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini, especially keluarga.. Tak lupa juga kepada abang ipar di Qatar, senasib lah kita beraya di negara orang.. hahaha

Post ini ditulis pada malam raya, jam 1.27 pagi waktu Hoboken, NJ dan jam 1.27 petang waktu Malaysia. Baru jer lepas balik bertakbir bersama-sama pelajar Malaysia di sini, so takdela raser hambar sangat raya nih.. Sempat jugak budak perempuan masak makanan. Nasi impit dengan kuah lodeh, sedap jugak rasanya. At least dapat la mengubat kerinduan terhadap makanan tampatan. Harap-harap la Consulate menawarkan makanan yang sedap-sedap.. Haritue diorang buat iftar tak sempat datang, penat sangat. So, esok kena makan banyak2..

Sebelum itu, aku nak jugak cerita pasal Steven's Ethnic Student Council punyer malam. Memang best. Bukan selalu kita boleh jumpa dengan ramai international student. Ada jugak minah-minah cute dari Filipina....hehehe.. Diorang suruh setiap student association yang mewakili negara masing-masing mempersembahkan satu games yang represent culture negara tersebut. MASA(Malaysian Student Association) telah memilih permainan lompat getah. ahahaha...


Friday, September 3, 2010

New.York.City

Alhamdullillah, sampai jugak aku di bumi Hoboken, New Jersey ini dengan selamat... Flight amatlah panjang.. dalam 20 jam lebih... Berjaya jugak ak melepasi US Customs and Border Control tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.. Tapi, serunding yang dibawa untuk beraya telahpun dirampas.. Shit giler... Apa la salah serunding tue. Kepada sesiapa yang nak datang USA, takyahla nak bawak makanan, kalau nak bawak pown, jangan declare. Aku nie jujur sangat, tue yang kene rampas. Kalu orang tanya bawak aper, cakap jer bawak spices ker, instant noodle ker.... Diorang tak kesah sangat, melainkan daging beef.

Sampai kat Hoboken, masanya adalah pagi.. Tips, kepada sesiapa yang ingin menaiki kapal terbang untuk ke mana2 sahaja, sentiasa ambil tahu waktu tempatan di destinasi, supaya anda tidak akan mengalami jet lag.. Plan tidur korang, especially yang ingin pergi ke tempat yang waktunya jauh beza dengan Malaysia. Nasib baik aku dapat tidur time flight, so takdela aku rasa sangat jetlag.

Beberapa hari yang lepas, kami pergi ke Time Square , New York. New Yok City amatlah dekat dengan Hoboken, dalam 10-15 minit perjalanan menaiki tren. Kami nek dari Hoboken dan turun di 33rd Street... Layanlah dulu pic nih

Inilah student2 Malaysia yang merayau-rayau di New York..hahahaha... Ada tiga orang senior yang guide kitorang time nih..

Nie ada sorang mamat yang buat break dance kat tengah2 bandar... Best jugak la..

M&M!!! Memang best.. 3 tingkat tempat membeli belah yang dikhususkan untuk M&M.... Yang warna-warni tue adalah cokelat.... ameklah sebanyak maner, tapi jangan lupa lak nak bayar..hahahaha

Time berjalan2, ternampak pulak naked cowboy nih...hahaha.. Lelaki nih...hehe

Tempat jual air, bersebelahan dengan tempat jual nasi beriyani(kowt) yang sedap di New York City.. Saper kata kat US takder nasi beriyani.... Sedap kowt.. macam kat Malaysia

Nie la kedai menjual nasi yang dimaksudkan... Terletak di 53rd & 6....Sesiapa yang berpeluang pergi ke NYC jangan lupa lak nak pergi tempat nih!! Serius berbaloi!!

Nengok, mat saleh pown join jugak makan nasi..haha

Trump Tower, kat maner ntah...Open to public kowt.....tak nampak pulak Donald Trump tuh..haha

Louis Vuitton....Ada sesaper yang nak tempah??hahahaha

Singgah sembahyang di sebuah masjid di manhattan...Diorang siap ajak berbuka lagi, tetapi memandangkan kitorang sumer da bawak makanan, tak jadi lah nak berbuka dengan diorang...

Apple Store!!!

hahahahah....Walaupun aku tak berapa suka sangat dengan Apple, tapi kedai Apple Store kat NYC nie memang best!!!

Penuh dengan orang.... Sempat jugak la try iPhone 4 ngan iPad kat sini.....tunggu nak beli iPod Touch 4th Gen lak..hehehe

Berbuka di sebelah Apple Store tue... ada tempat duduk kat situ, so kitorang berenti kejap untuk makan berbuka... Nie la nasi yang dibeli di kedai yang dimaksudkan sebelum nie.... Ada daging, ayam, sayur ngan pita..... sekali ngan mayonis ngan ketchup..

Time nak balik....Complex giler New York punyer subway system....ada kawan yang da pegi banyak kali pown still tak paham diorang punyer system...Banyak sangat tren, and setiap tren pergi tempat yang lain2... Lepas nek tren, kitorang nek bas pulak untuk balik ke Hoboken....

Walaupun penat, agak berbaloi jugak la visit nie....hahaha.. Apa yang best, dier punyer public transport murah giler, tren dier fixed price. Nak pergi mana2 pown harga yang samer.... So, kitorang agak untung la jugak...time kitorang balek tue da agak malam da... So, terus bedal makan kat dining hall lak.. Memang makin gemuk la aku duduk sini.. Hari2 makan pizza, burger, minum air gas....*sigh*